Delta Maintenance Services Sdn Bhd



PENGENALAN


Ditubuhkan pada 13 Mei 1999 adalah sebuah syarikat 100% bumiputra. Diterajui sendiri oleh En. Mohd Tarmizi Hj Samsi (Pengarah Urusan) dan seorang Pengurus, 5 orang Eksekutif dan 10 orang pekerja sepenuh masa.


Sesuai dengan namanya, syarikat ini pada awalnya bermula dengan menawarkan khidmat penyenggaraan bangunan yang melibatkan kerja-kerja pembersihan, sistem penyaluran air / plumbing, pendawaian elektrik dan penyaman udara.


Berlandaskan wawasan syarikat untuk menjadi sebuah entiti yang kukuh, berdaya saing dan mampu bersaing di pasaran, kini DMS telah melibatkan diri di dalam perniagaan yang lebih luas skopnya iaitu perkhidmatan penginapan perhotelan, penyediaan kemudahan latihan dan seminar, katering, hostel pelajar serta pembersihan dan penyelenggaraan bangunan atau kawasan.


Syarikat (DMS) juga telah menyewa sebuah premis milik Majlis Perbandaran Shah Alam di Seksyen 9, Shah Alam dan dijadikan ibupejabat pentadbiran syarikat DMS. Memandangkan potensi perniagaan yang luas, syarikat telah merancang menambah modal dan mengembangkan skop perniagaan perkhidmatan yang sedia ada secara memperoleh kontrak-kontrak yang lebih besar, meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan terus mempertingkatkan kepelbagaian daya maju syarikat termasuk menyewa dan membeli aset-aset / pangsapuri yang strategik di sekitar Lembah Klang.


Terdapat beberapa cawangan DMS yang terletak di sekitar Shah Alam. Terdiri daripada Delta Hostel di Seksyen 20, Delta Hostel di Seksyen 3 dan Pangsapuri Bestari di Seksyen 16. Unit hotel turut disediakan iaitu Delta Inn di Seksyen 3 dan Komuter Raya di Seksyen 19 dan Delta Hotel di Seksyen 7. Selain daripada itu, rumah tetamu (Guest House ) juga disediakan iaitu di Laman Seri Seksyen 13 dan rumah teres 2 tingkat di Seksyen 24.